Wednesday, 22 February 2012

Kisah Nabi Isa

NABI ISA
Nabi Isa dilahirkan oleh ibunya Maryam di bawah sepohon pokok kurma. Baginda dilahirkan tanpa bapa. Oleh yang demikian Maryam dipandang buruk oleh kaumnya.

Walaupun masih kecil, Nabi Isa sudah boleh bercakap. Baginda menasihati ibunya supaya bernazar tidak akan bercakap dengan sesiapa pun.



Ketika Maryam berjalan di tengah-tengah orang ramai, kaumnya mengejek Maryam. Tiba-tiba Nabi Isa yang masih kecil bercakap membela ibunya dengan lantang. Mereka terkejut mendengar bayi yang boleh bercakap. Lalu mereka tunduk malu kepada Nabi Isa yang masih bayi.



Sewaktu kecil, Nabi Isa dikagumi oleh kaum baginda kerana mampu mengetahui perkara ghaib.



Setelah Dewasa, Nabi Isa diutuskan menjadi rasul. Baginda menyeru kaum Bani Israel menyembah Allah tetapi ditolak dan dihina.



Baginda menunjukkan mukjizat dengan mampu menyembuhkan orang yang buta dan menghidupkan orang mati.



Kaum Bani Israel tetap mempersendakan Nabi Isa. Bahkan mereka cuba membunuh Nabi Isa.

Pada suatu hari, ketika kaum Bani Israel mengejar Nabi Isa untuk dibunuh, Allah menukarkan seorang lelaki menyerupai baginda. Kaum Bani Israel telah menangkap lelaki yang disangkakan Nabi Isa itu untuk mengikat pada salib dan dibunuh.



Nabi Isa telah diselamatkan oleh Allah dengan diangkat ke langit. Sedangkan kaumnya menyangkakan Nabi Isa telah dibunuh. Allah Maha berkuasa mengelirukan mereka.

Friday, 25 November 2011

Nabi Ishak

Nabi Ishak ialah nabi yang ke-9. Baginda dilahirkan ketika usia ibunya Siti Sarah 90 tahun.

Nabi Ishak tekun berdakwah kepada kaumnya supaya menyembah Allah dan meninggalkan berhala.

Baginda berkahwin dengan gadis Iraq, Rifqah binti Azar dan dikurniakan dua orang anak iaitu 'Iso dan Yaakub (nabi Yaakub.

Baginda hidup selama 180 tahun dan setelah wafat, baginda dimakamkan berhampiran kubur ayahandanya Nabi Ibrahim di al-Mughirah.

Monday, 21 November 2011

Nabi Soleh

Nabi Soleh ialah Nabi yang ke-4. Nabi Soleh diutuskan kepada Kaum Thamud. Baginda mengajar mereka menyembah Allah.

Kaum Thamud menolak dakwah Nabi Soleh. Mereka meminta Nabi Soleh menunjukkan mukjizat sebagai nabi.

Allah mengurniakan Nabi Soleh mukjizat dengan seekor unta betina yang memberi mereka susu yang banyak.

Kaum Thamud menolak dakwah Nabi Soleh dan membunuh unta tersebut.

Kaum Thamud dimurkai Allah lalu diturunkan azab dengan bunyi tempikan yang amat kuat sehingga mereka semua terbongkok lalu mati.

Pengajaran: kita wajib mensyukuri ni'mat Allah.